Isnin, 31 Januari 2011

TERIMA KASIH MENTERI

PENGHORMATAN SEORANG MENTERI KEPADA RAKYAT

 

     En. Hasan Timbasal telah menyandang jawatan sebagai Pengerusi PNK Tawau semenjak awal penubuhan Persatuan Nelayan Pekan Tawau lagi. Beliau juga yang telah bertanggungjawab dan memperjuangkan persatuan ini demi masyarakat khususnya nelayan daerah Tawau hingga ke hari ini. Perlantikan beliau adalah melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan serta termaktub dalam peraturan-peraturan perlembagaan berpersatuan. 
     Persatuan Nelayan adalah satu badan NGO (badan bukan kerajaan) namun peranan menteri amatlah diperlukan dengan harapan dapat membantu persatuan sekali gus masyarakat nelayan yang terpinggir khususnya di Sabah. Masyarakat nelayan di Sabah adalah dalam jumlah yang menoriti dan tidak dinafikan peranan mereka kepada negara amatlah penting namun dalam pada itu status mereka masih di perlekehkan lantaran tindakan seorang menteri yang telah mencabuli dan melanggar prosedur perlembagaan dengan melucutkan jawatan En.Hasan Timbasal sebagai Pengerusi PNK Tawau. 
     Menteri tersebut telah melantik En.Arsani untuk mengantikan tempat beliau sekali gus melantik En.Maslan sebagai Pengerusi PENGASAH dengan membelakangkan peraturan perlembagaan dan ini adalah satu langakah yang tidak bijak dan biadab bagi seorang menteri yang selama ini amat dihormati kewibawaanya kerana ini akan memudaratkan prestasi menteri itu sendiri dan sekali gus golongan masyarakat nelayan kerana golongan "menoriti" ini akan menjadi "majoriti". 
 


1 ulasan:

  1. Secara peribadi saya mahu supaya menteri memohon maaf kepada ahli PNK Tawau atas kezaliman yang telah dia lakukan

    BalasPadam