Sabtu, 27 November 2010

CADANAGAN PEMBINAAN KILANG KELAPA SAWIT DI PULAU JAMBONGAN PERLU DI KAJI UNTUK JANGKA MASA PANJANG.


Memetik daripada kenyataan dan cadangan adun sugut YB Datuk Surady Kayong yang telah di paparkan pada sabtu 27 November 2010 melalui sura khabar tempatan new sabah times yang bertajuk  “18,800  hektar tanah terbiar di pulau jambongan akan dimajukan”.

Saya selaku warga tempatan daerah beluran dan mewakili mesyarakat nelayan beluran berpendapat, penduduk pulau jambongan seharusnya mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan dalam usaha membantu rakyatnya  dalam rangka untuk membangunkan pulau jambongan.

Saya amat menyokong agar tanah-tanah terbiar dapat di majukan ini sekaligus akan menaik taraf kehidupan serta ekonomi penduduk-penduduk dalam dan juga sekitar pulau jambongan di mana penduduk mendapat banyak menafaat terutama sekali peluang pekerjaan di samping menambah pendapatan selain daripada pekerjan hakiki sebagai nelayan.

Pada masa yang sama YB Datuk Surady Kayong mencadangkan untuk pembinaan kilang pemprosesan kelapa sawit adalah langkah niat yang baik untuk memajukan industry perladangan di pulau tersebut.

Walau bagaimana pun, saya merayu kepada pihak kerajaan agar menimbangkan semula dan mengkaji sedalam-dalamnya cadangan tersebut atas kesan bagi jangka masa panjang di mana dalam memikirkan dan kerakusan  pembangunan serta kemajuan sector perladangan khususnya dalam industry kelapa sawit di mana secara langsung ianya boleh menjejaskan ekosistem khasnya dalam industri perikanan dan ini sekaligus menjejaskan sumber pendapatan para nelayan tempatan.

KESAN PENCEMARAN TERHADAP EKOSISTEM LAUT AKIBAT AKTIVITI PERKILANGAN akan menyumbang  secara langsung  sisa buangan khususnya kepada air laut dalam bentuk cecair atau pepejal yang bertoksik ini akan melibatkan pencemaran air dan juga akan membantutkan kitaran hidupan laut termasuk tumbuh-tumbuhan air dan terumbu karang dan sekaligus menyumbang kepada kepupusan dan pembunuhan hidupan air yang menjadi keutamaan kehidupan warga nelayan.